Dalam
mitos, peluru mengandungi logam perak yang ampuh digunakan untuk
membunuh pontianak atau manusia serigala (serigala jadian). Dalam dunia
nyata, ternyata perak pun mempunyai manfaat dalam memusnakan satu musuh
terbesar dalam dunia kesihatan, iaitu sel-sel kanser.
Sebuah penemuan baru dalam dunia
perubatan dan rawatan. Bahan logam perak, yang digunakan dalam
kemoterapi boleh membunuh beberapa sel kanser. Bahkan, dalam terapi
penyembuhannya ini, kesan sampingan dari penggunaan perak juga lebih
kecil.
Para saintis mengatakan bahawa
logam ini mempunyai pelbagai kegunaan ubat dan merupakan antiseptik am,
antibiotik dan sarana memurnikan air. Penyelidik dari University of
Leeds, Britain melakukan ujian makmal pada orang yang terkena payudara
dan sel kanser usus besar.
Para pesakit kanser ini
diberikan sebatian perak selama enam hari. Hasilnya, yang diterbitkan
dalam jurnal Dalton Transactions, sebatian perak ternyata seefektif
Cisplatin dalam membunuh kanser dengan kesan sampingan yang lebih
sedikit.
Keberkesanannya ini boleh jadi
disebabkan oleh struktur sekitar dari atom perak, yang dikenali sebagai
ligan. Struktur ini dapat membantu melepaskan ion perak ke dalam sel
apabila memasuki tubuh dan kemudian membunuh sel kanser.
Penyelidik, Dr Charlotte
Willans, merancang untuk meneliti kesan perak ini lebih lanjut. Apakah
bahan ini boleh menjadi bahan yang baru dan aman serta berkesan untuk
merawat kanser nantinya. "Ini boleh sebagai alternatif yang lebih murah
untuk rawatan kanser," ujarnya seperti dilaporkan dari Dailymail, Sabtu
(4/2).
Menurutnya, kemoterapi sering
menjadi pengalaman yang melelahkan bagi para pesakit. Untuk itu, dia
berusaha mencari bahan yang berkesan namun tak beracun untuk membunuh
sel-sel kanser ini. "Penyelidikan ini telah menggunakan pelbagai jenis
ligan ini untuk melihat mana yang paling berkesan melawan sel-sel
kanser," ujarnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan